..::Khasiat dari Sumber Alam::..

KHASIAT LADA DAN CILI



Cekam dan Cili
 
                 Bila kaki terkena cekam memang sakit. Ada yang menanah  dan bila terlanggar sesuatu menyakitkan. Satu cara yang pernah dilakukan oleh orang-orang tua bila terkena cekam adalah dengan mengubatinya menggunakan cili padi. Ambil 10 cili padi, tumbuk hingga halus kemudian campurkan dengan sedikit kapur sirih dan minyak goreng yang masih panas.
                 Campurkan hingga sebati. Bersihkan ibu jari kaki yang terkena cekam ini dan tempelkan ramuan ini. Ikat dengan kain bersih selama sepuluh jam. Lakukan beberapa kali, Insya-Allah cekam anda akan hilang.

Bayi Kembung Perut

                 Bayi-bayi yang baru dilahirkan selalu menghadapi masalah sepanjang malam. Untuk mengubati bayi yang selalu kembung perut, ambil lada sulah dan kikis bahagian luarnya. Kemudian masukkan ke dalam pusat bayi. Lada sulah ini akan memanaskan perut bayi dan akan mengelakkannya dari kembung perut.

Mengubati Bengkak Buku Lali

                 Sediakan sebiji telur ayam. Buang kuningnya dan ambil putihnya. Sediakan juga seulas halia (sebesar ibu jari) dan sepuluh biji lada hitam.

                 Tumbuk lumat halia dan lada hitam. Campurkan putih telur hingga sebati. Kemudian baluutkan campuran tadi dengan kain bahagian yang sakit pada waktu hendak tidur. lakukan secara berturut-turut, insya-Allah akan sembuh dengan izin Allah.

Mengubati Senggugut

                 Sediakan Sepuluh biji lada putih dan halia sebesar ibu jari. Semuanya ditumbuk hingga lumat. selepas itu campurkan dengan sebiji telur ayam. Mi umlah selama tujuh hari berturut-turut.

Mengubati Bisa Kala Jengking

                Apabila anda disengat kala jengking, cepat-cepatlah ambil lada yang telah ditumbuk lalu pupukkan di bahagian yang digigit kemudian dibalut dengan kain. Tunggu sehingga lima minit barulah balutan tersebut dibuka. Pasti rasa denyutan akan berkurangan.

Mengubati Gusi Bengkak

                Apabila tiba-tiba anda terasa gigi sakit dan kelihatan bengkak, cubalah petua ini :
Ambil sebiji cili muda (hijau) dan bakar hingga terasa hangat atau setengah maasak. Kemudian taruhkan cili padi pada bahagian gusi yang sakit secara perlahan-lahan. Tetapi anda hendaklah berhati-hati jangan sampai mengunyah cili tersebut. Insya-Allah dengan izin Allah akan sembuh.


Di sini saya hanya kemukakan petua yang telah disediakan.

Persolannya: Adakah ia berkesan? 

Pada pandangan saya tidak salah mencuba. Sumber alam yang Allah cipta semuanya ada khasiatnya masing-masing. Kita manusia hanya menggunakan dengan cara yang betul dan jangan terlalu bergantung pada petua semata-mata. Apa yang penting juga doa pada-Nya supaya segala penyakit dihindarkan. 

Jika ada apa-apa pandangan sila kemukakan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "..::Khasiat dari Sumber Alam::.."

Post a Comment